Monday, October 13, 2014

Fungsi dan Contoh DBMS

Fungsi-fungsi Sistem Pengurusan Pangkalan Data


1.    Penyimpanan, Capaian Dan Kemaskini
Sistem Pengurusan Pangkalan Data (DBMS) menyediakan perkhidmatan seperti penyimpanan, capaian dan pengemaskinian data dalam pangkalan data

2.    Menyediakan Katalog Percuma
Sistem Pengurusan Pangkalan Data (DBMS) menyediakan suatu katalog yang mengandungi maklumat tentang data dan katalog yang boleh dicapai oleh pengguna.

3.    Menyokong Transaksi
Transaksi adalah suatu unit kerja yang mengandungi beberapa arahan pengemaskinian terhadap data

4.    Kawalan Keserentakan
Sistem Pengurusan Pangkalan Data (DBMS) memastikan pangkalan data dikemaskini dengan tepat jika ramai pengguna mengemaskinikan pangkalan data secara serentak

5.    Pemulihan Daripada Kegagalan Sistem
Sistem Pengurusan Pangkalan Data (DBMS) menyediakan kemudahan untuk memulihkan pangkalan data apabila berlaku kerosakan

6.    Hak Kuasa
Kemudahan ini untuk memastikan orang yang berhak sahaja dibenarkan untuk memcapai data

7.    Perkhidmatan Integriti
Perubahan data mesti mengikut kekangan atau syarat yang telah ditentukan. Kemudahan ini adalah untuk menjaga ketetapan data

8.    Perkhidmatan Utiliti
Kemudahan yang disediakan untuk menyelenggara pangkalan data melalui penyuntingan data, penghapusan rekod, membina fail-fail baru dan sebagainya



Contoh-contoh DBMS


1.Clipper

2 dBASE III Plus

3 Microsoft Access
4. FoxBASE Plus

5. MySQL

6. ORACLE

7. PARADOX

8. SoftBASE

9. MS SQL Server






Sunday, October 12, 2014

Cloud

TEKNOLOGI AWAN KOMPUTER








Pengenalan


Pengkomputeran awan ialah pembangunan dan penggunaan teknologi komputer atau pengkomputeran yang berasaskan internet atau awan. Mengikut konsep, ia adalah suatu anjakan paradigma di mana perinciannya diabstrakkan daripada pengguna yang tidak lagi perlukan pengetahuan kepakaran mendalam, mahupun mengawal infrastruktur teknologi "di dalam awan" itu sendiri. Ia merupakanproses virtual komputer dan bahan abstraksi dari infrastruktur kompleks yang tidak nampak. Ia adalah suatu medium komputer yang keupayaannya berkaitan dengan teknologi maklmat. Banyak maklumat yang disediakan untuk pengguna dapat mengaksesnya melalui sumber internet di dalam awan tanpa mengetahui apa dan bagaimana keadaan didalamnya. Beberapa tahun ini ia telah menjadi popular di seluruh dunia termasuk negara kita.



Definisi


Pengertiannya “Could Computing” atau komputer awan.  Istilah awan digunakan sebagai satu metafora bagi Internet, berdasarkan cara Internet digambarkan di dalam gambar rajah rangkaian komputer dan merupakan pengabstarakan bagi infrastruktur yang disembunyikan di sebaliknya. Perkhidmatan pengkomputeran awan biasa membekalkan penggunaan perniagaan lazim di atas talian yang dicapai melalui pelayar web, sementara perisian dan datanya tersimpan di pelayannya.



Penglibatan Syarikat Komputer Terbesar Dunia


Terdiri daripada IBM, Microsoft, Google, dan Apple adalah beberapa contoh penguasa terbesar komputasi awan. IBM misalnya pada akhir tahun 2009melancarkan Lotusliveservis kolaborasi berasaskan awan. Microsoft berasaskan Windows OS, Apple perkhidmatan mobile dan Google memberikan perkhidmatangoogle docs.



Persoalan:    Adakah Semuanya Selamat di dalam Awan?


Semua syarikat komputer terbesar sedar akan bahaya ini. Namun pengguna perlu berhati-hati dengan penggunaanya terutama kepada perkara rahsia. Semua kemungkinan boleh terjadi. Terutamanya kepada penggodam komputer yang cukup licik.


PERBEZAAN KOMPUTERAN AWAN DAN TRADISIONAL HOSTING IALAH:



a) Kos
Pengkomputeran awan : 
Ia dijual mengikut permintaan. 

Tradisional hosting : 
Kos terlibat adalah tinggi kerana melibatkan pembelian perkakasan, perisian dan penyelenggaraan.
            
b) Kebolehcapaian 

Pengkomputeran awan :  
Pengguna boleh membeli perkhidmatan pada bila bila masa

Tradisional hosting : 
Pengguna hanya boleh membuat capaian data pada waktu dan tempat tertentu sahaja contohnya hanya pada waktu pejabat dan di dalam pejabat sahaja. Selain itu, hanya PC atau server tertentu sahaja. 
  
c) Pengurusan sistem

Pengkomputeran awan : 
Perkhidmatan ini diuruskan sepenuhnya oleh pembekal vendor, pengguna hanya memerlukan internet dan komputer/tablet/smartphone sahaja.

Tradisional hosting : 
Pengurusan sistem adalah bermula dari pembelian perkakasan, pembelian perisian, pengambilan pekerja, melatih pekerja untuk menjaga sistem dan lain-lain lagi. Oleh itu ia memerlukan masa yang lama.   


Perbandingan di antara pengkomputeran awan dan tradisional hosting

JENIS-JENIS PENGKOMPUTERAN AWAN


Terdapat 3  jenis pengkomputeran awan iaitu awan persendirian (private) dan awan awam (public)

1) Awan Awam
Perkhidmatan ini dijual kepada sesiapa sahaja melalui internet. Pada masa ini, Amazon web services adalah pembekal awan terbesar di dunia.

2) Awan persendirian
Perkhidmatan ini merupakan satu rangkaian data pusat yang membekalkan perkhidmatan kepada beberapa orang dalam kuantiti terhad.

3) Virtual Private Cloud
Perkhidmatan ini kegunaan peribadi sahaja


CONTOH APLIKASI CLOUD COMPUTING


1) PIXLR


Alamatwww.pixlr.com

Kegunaan:  Aplikasi suntingan imej

Kelebihan
Pengguna dapat menggunakan aplikasi ini secara optimum sepertimana aplikasi suntingan lain seperti Adobe Photoshop tanpa perlu memiliki sebuah komputer spesifikasi tinggi. 


2) GOOGLE APPS


Alamat: http://www.google.com

Kegunaan: 
Pengguna boleh menggunakan beberapa aplikasi termasuk pemprosesan kata, hamparan kerja (spreadsheet) dan persembahan (presentation) melalui Google Docs. Untuk menggunakan kemudahan Google Apps, pengguna perlu mempunyai akaun Google (Gmail).

Kelebihan:
1) pengguna boleh menghasilkan dokumen-dokumen tersebut melalui Internet tanpa install perisian dalam komputer
2) Boleh dikongsi dengan pengguna lain melalui kaedah 'sharing'.


3) WINDOWS LIVE-SKYDRIVE


Alamat: http://www.skydrive.com. Aplikasi ini untuk pengguna hotmail. 

Kegunaan dan kelebihan
1)  Kemudahan aplikasi Microsoft Office secara dalam talian
2) Ruang penyimpanan (cloud storage) yang agak besar di internet iaituSky Drive
3) Boleh kongsi fail dengan pengguna lain melalui kaedah sharing


4)  LIVE DOCUMENTS


Kegunaan:  
1) Kemudahan aplikasi Microsoft Office secara dalam talian
2) Ruang penyimpanan (cloud storage) yang agak besar di internet iaitu 100MB
3) Boleh kongsi fail dengan pengguna lain melalui kaedah 4sharing) Boleh import dokumen (Word, Excel, Powerpoint) dari komputer atau dari Google Docs


5) EVERNOTE


Kegunaan: Untuk nota atau catatan

Kelebihan:  
Ianya boleh diakses secara local (offline) atau secara online di mana-mana saja sama ada menggunakan komputer, iPhone, iPad, Android dan sebagainya.


6) STORAN-DROPBOX


Alamat:  http://www.dropbox.com

Kegunaan: Satu servis penyimpanan atau storan yang menggunakan teknologi pengkomputeran awan sebagai nadinya. Ruang storan yang disediakan adalah 2 GB.

Kelebihan:
1) Ruang storan yang besar iaitu 2GB
2) Menjimatkan wang kerana tidak perlu membeli peranti storan.
3) Pengguna Dropbox ada fail backup (dua salinan fail) iaitu satu dalam komputer anda dan satu lagi di atas awan i
4) Boleh kongsi fail dengan pengguna lain
5) Boleh akses melalui peranti mudah alih seperti BlackBerry, iPhone, Android dan iPad. Ini membolehkan anda mengakses dokumen anda bila-bila masa dan di mana-mana.

 

KELEBIHAN PENGKOMPUTERAN AWAN


1. Format dokumen yang sesuai (Compatible File Format)

  • Aplikasi pemprosesan kata, hamparan kerja (spreadsheet) dan persembahan (presentation) juga boleh diperolehi melalui pengkomputeran awan. Contohnya Google Docs. 

2.  Meningkatkan prestasi dan kemampuan komputer

  • Prestasi dan kemampuan komputer akan dapat dipertingkatkan apabila penggunaan pengkomputeran ini digunakan secara maksimum.

3.  Kebolehcapaian fail yang meluas.

    • Pengkomputeran awan membolehkan sistem dicapai tidak mengira masa, lokasi dan peranti selagi pengguna mempunyai capaian Internet.   

      4.  Kebolehpercayaan data penyimpanan

      •  Data penyimpanan disimpan di ruang 'awan'. 
      •  Boleh juga digunakan untuk mem'backup' data-data penting.  Satu di komputer dan satu lagi di awan. 
      •  Website menggunakan secured connection https

      5.  Ruang storan yang tiada had

      •  Pengguna atau syarikat boleh menyimpan sebanyak mana data/maklumat di ruang storan yang  tiada had.

      6.  Mengurangkan kos

      • Bagi syarikat, kos pengurusan akan dapat dijimatkan dari segi perkongsian sumber yang boleh dibuat dikalangan staf atau pengguna - pengguna lain. 
      • Tidak perlu membeli perkakasan atau server, aplikasi dan melatih pekerja untuk menguruskan server dan aplikasi tersebut.
      • Pengguna juga tidak perlu untuk membayar pembelian atau penyelenggaraan perisian. 
      • Kos bergantung kepada berapa banyak pemakaian dan perjanjian kontrak.  
      • Dapat menjimatkan kertas, masa dan tenaga. 
      • Kos juga dapat dijimatkan kerana tidak memerlukan kos penyelenggaraan perisian dan perkakasan. 

      7.  Kolaberasi berkumpulan yang lebih mudah

      • Fail atau dokumen juga boleh dikongsi dengan tanpa had bilangan pengguna. 
      • Kemampuan sharing PC to PC audio dan video.

      8.  Sistem pengurusan dan operasi yang lebih mudah

      •  Data maklumat peribadi atau syarikat dapat disimpan, dipantau dan diatur dengan lebih mudah.

      Kelebihan pengkomputeran awan

        

      KEKURANGAN SISTEM PENGKOMPUTERAN AWAN

      1. Keperluan internet
      • Untuk menggunakan sistem pengkomputeran awan, selain perkakasan pengguna juga memerlukan capaian Internet. Masalah akan timbul jika tiada capaian internet atau kurang stabil.
      • Sekiranya sistem talian internet terganggu atau bermasalah, capaian data turut tergangu. Seterusnya menganggu aktiviti harian pengguna atau syarikat. 

      2. Keselamatan
      • Masih tidak dapat dipastikan tahap keselamatan penggunaan pengkomputeran awan ini.
      • Walaupun mempunyai katalaluan, ia boleh dipecahmasuk oleh pengodam yang berkemahiran

      3. Ketidakpastian keadaan server vendor.  
      • Oleh kerana server vendor di 'awan', masih terdapat ketidakpastian keadaan server pengkomputeran awan. 
      • Antara kemungkinan yang boleh terjadi ialah server down atau terlebih beban 


      APLIKASI PENGKOMPUTERAN DALAM TUGAS SEHARIAN


      Sebagai pembantu makmal saya mengaplikasikan pengkomputeran awan. Di antaranya ialah:

      1)Storan data tugasan pelajar
      Satu akaun makmal Dropbox diwujudkan bagi membolehkan saya menyimpan data-data pelajar. Sebelum ini saya menyimpan data pelajar di peranti storan atau server. Namun kebanyakan rosak atau terkena virus

      2) Kebolehcapaian data di mana sahaja
      Saya juga menyimpan data peralatan makmal di Dropbox. Sekiranya maklumat mengenai peralatan makmal diperlukan, saya tidak perlu lagi pergi ke makmal untuk mendapatkan data kerana saya hanya perlu buka akaun Dropbox sahaja.

      3) Kemudahan sharing 
      Kebanyakan data amali memerlukan saya mencetaknya mengikut bilangan pelajar. Namun dengan Dropbox saya boleh kongsi maklumat tersebut dengan pelajar. Pelajar juga boleh menghantar data amali mereka melalui Dropbox mereka. Ia menjimatkan masa dan kos.  


      KESIMPULAN

      1.  Pengkomputeran awan atau cloud computing adalah pembangunan dan penggunaan teknologi komputer berasaskan internet (awan). Ia merupakan teknologi yang mempunyai masa depan yang cerah. 

      2.  Teknologi ini mudah digunakan, menjimatkan masa, tenaga dan kos. Pengguna hanya memerlukan internet dan komputer/tablet/smartphone sahaja.

      3. Pengkomputeran awan ini bukan hanya digunakan oleh individu malahsemakin digunakan oleh syarikat. 

      3. Terdapat beberapa contoh aplikasi pengkomputeran awam iaitu Pilxr , Google Apps, Windows Live SkyDive, Live Document, Ever Note danDropbox.

      4. Secara keseluruhanya, pengkomputeran awan mempunyai banyak kebaikan berbanding dengan kekurangannya.

      Email

      Cara Membuat Email serta Menggunakan Email Dengan Betul

      Cara Membuat Email di Gmail

      1. Buka laman web Gmail dengan mengklik www.gmail.com di alamat browser anda, 
      2. Klik Create an Account
        - Change Language | Ganti Bahasa (bila anda inginkan)
      3. isi First name |  Nama Depan anda
      4. isi Last Name |  Nama belakang anda
      5. isi Desired Login Name | dg Nama Login yg diinginkan (misal: mr_bean09)
      6. klik Check availability | utk semak ketersediaan, sebaiknya anda semak dulu                                           utk mengetahui nama login tersebut ada yg memiliki atau tidak
      7. Choose a Pasword | Masukkan id pengguna, isi kata kunci yang hanya diketahui                                  oleh anda. Huruf besar atau kecil yg dimasukkan dianggap berbeza, jadi                                        pastikan anda mengingatnya.
      8. Re-enter Password | masukkan kembali kata kata kunci yang sama.
        - Stay Sign in | Tetap masuk , beri tanda bila anda ingin tetap masuk (tanpa login)                               setiap membuka Email di komputer anda, sebaiknya hilangkan tanda bila anda                             memakai komputer umum
        - Web History | Sejarah Web, bila anda mengaktifkan [tanda] maka google akan                            mencatat semua yang anda lakukan di semua laman wab milik Google
      9. Security Question | Soalan Keselamatan, contoh : what was your first phone number]
      10. Answer | Jawapan dari Soalan Keselamatan, contoh: 123456
      11. Secondary Email | Email sekunder, isi sekiranya ada, atau kosongkan jika tiada
      12. Location | Lokasi : Malaysia
      13. Word verification | Verifikasi kata,taip perkataan yang tertera
      14. Term of service | Syarat-syarat perkhidmatan, sebaiknya dibaca dan fahami  dahulu.
      15. klik I Accept, Create my account | Saya terima dan akaun akan terhasil 
      16. setelah selesai, anda akan menerima email pengesahan bahawa anda telah berjaya

      Cara Menggunakan Email - Login dan Mengirim Email dengan Gmail

      Login
      Login dilakukan setiap anda ingin masuk dan membaca/kirim email di akun anda
      1. Username | Nama Login
      2. Password | kata kunci
      3. Stay signed in | Tetap masuk 

        Cara Membaca Email
        1. Login
        2. Pilih [klik] Email yang ingin dibaca
        3. Untuk kembali ke daftar Email awal, atau utk melihat bila ada email terbaru, klik Inbox 
        4. (Di layanan email lain seperti yahoo, hotmail, dsb, anda harus klik Inbox utk menuju 
        5. ke daftar email masuk)
        Cara Mengirim Email
        1. Login [bila belum login]
        2. Pilih [klik] Compose Mail | Buat Surat
        3. To | Kepada, isi dengan email tujuan
          - Cc/Bcc, kosongkan
        4. Subject | tajuk / tujuan
        5. Attachments | Lampiran
          - Choose | Pilih file
          - Attach more files | Lampirkan file lainnya
        6. Send | klik utk Kirim Surat
          - Save draft | utk menyimpan email yg baru dibuat, tapi belum akan dikirim
        7. Discard | Gagal, tidak jadi kirim surat
        Menu lainnya
        • Starred - daftar Email yg ditandai
        • Sent - daftar Email terkirim
        • All mail - daftar semua email
        • Spam - daftar Email junk email ( email menipu )
        • Trash - seperti tempat sampah (Recycle bin), berisi email yg di delete (di hapus)
        • Contacts - Daftar Contact email rakan
        • Settings - tetapan
        Logout | Keluar
        Biasakan klik Log out setiap selesai menggunakan akaun Email untuk keselamatan maklumat
        peribadi anda


        Definisi Email - Manfaat serta Kekurangannya

        Definisi Email
        Email adalah singkatan dari electronic mail yang bererti surat elektronik

        Manfaat Email
        • Kirim - terima surat elektronik
        • Kirim terima file/dokumen
        • Kos yang murah, cepat tiada sempadan jarak
        • Sebagai tempat perhubungan dengan blog atau web site yang lain  seperti Facebook, Twitter, Blog, dsb
        • kita dapat membaca dan mengirim email di mana sahaja dengan adanyanya internet / gprs
        Kekurangan Email
        • Hanya boleh dibuka (kirim/terima) di Komputer/mobile/handphone yang terhubung dengan internet/gprs
        • Tidak seperti SMS, email tidak memiliki nada dering dan anda harus login serta klik kotak masuk (inbox) utk mengetahui adanya email baru
        Antara pelayan email terbaik ialah: 

        1. Gmail 
        2. Yahoo 
        3. Hotmail 
        4. Mail

        Modul 6 Pencarian Maklumat

        MENCARI MAKLUMAT MENERUSI INTERNET


        Banyak kini diperkatakan mengenai Internet dan maklumat yang boleh diperolehi melaluinya. Teknologi terkini ini berpotensi untuk menjadi penyebar maklumat yang boleh menyumbang kepada maklumat yang berguna untuk sesuatu pengumpulan maklumat atau penyelidikan yang sedang dijalankan. Adalah amat penting kita mengetahui strategi pencarian yang patut digunakan apabila ingin mendapatkan maklumat yang menepati keperluan kita. Dengan ini ianya akan dapat menjimatkan masa pencarian. Artikel ini ditulis dengan objektif untuk memberi penerangan ringkas semua mengenai pencarian maklumat yang berkesan melalui WWW khusus untuk semua pengguna yang baru ingin mencuba menggunakannya. Sebelum mengetahui kaedah pencarian tersebut, kita perlu mengetahui beberapa perkara asas mengenai Internet.

        Apakah Internet?

        Internet secara umumnya merujuk kepada gabungan jaringan komputer yang berkomunikasi menggunakan sistem pertuturan yang sama dikenali sebagai TCP/IP (Transmission Control Protocol/Internet Protocol). Ia berfungsi sebagai satu rangkaian yang besar menghubungkan badan kerajaan, komersial, Institusi Pendidikan dan individu di seluruh dunia.

        Tiap komputer mempunyai nombor IP iaitu sinonim bagi alamat internet yang berbeza antara satu sama lain. Alamat IP merupakan nombor yang merujuk kepada sesebuah komputer. Ia terdiri dari 4 angka yang dipisahkan oleh titik (dot). Contohnya ialah 161.139.36.1 bagi Sistem Perpustakaan Sultanah Zanariah. Selain dari alamat IP, sese-buah komputer juga boleh dikenali melalui "Domain Name System (DNS) yang mudah diingati berbanding dengan alamat IP. Contoh "DNS entry" ialah "psz.utm.my" atau "lib.usm.my". Sistem ini menggunakan hanya abjad yang membahagikan peringkat-peringkat rangkaian sesebuah komputer menggunakan titik (dot). Antara "domain" adalah :
        .com - Syarikat komersial
        .edu - Institusi Pendidikan
        .net - Perkhidmatan rangkaian seperti Internet NICs (Network Information Centers)
        .org - Organisasi yang kebanyakkannya tidak ber-asaskan keuntungan
        .mil - Jaringan Institusi Ketenteraan
        .gov - Organisasi Kerajaan
        .uk - United Kingdom
        .de - germany

        Kemudahan yang diberikan oleh Internet

        Internet menyediakan pelbagai kemudahan yang antara lainnya termasuklah Telnet iaitu mengakses sesebuah komputer dari jarak jauh, ‘IRC chat’ iaitu berbual dengan individu lain di merata dunia, menghantar dan menerima mel, rangkaian ‘newsgroup’, memindahkan fail antara satu komputer dengan komputer yang lain (ftp) dan akses ke WWW (World Wide Web).

        WWW

        ‘World Wide Web’ merupakan kemudahan dari Internet yang begitu popular di seluruh dunia masakini. Dengan jangkamasa yang singkat ia telah menjadi begitu popular di peringkat global sejak ianya dimulakan oleh dua orang ahli fizik iaitu Tim-Berners-Lee dan Robert Cailliau di European Particle Physics Laboratory (CERN) Geneva, Switzerland pada tahun 1990. Dari hanya sebanyak 500 tapak Web pada tahun 1990, ia telah meningkat kepada 11,500 pada tahun berikutnya dan tidak dapat dipastikan jumlah sebenar tapak Web yang ada kini.

        Terdapat beberapa konsep dalam WWW yang harus difahami. Ini termasuklah pelayar WWW (WWW browser) yang memaparkan fail ‘hypertext’ untuk membolehkan-nya dibaca. Antara ‘browser’ yang popular adalah Netscape, Mosaic, Cello dan Winweb.

        Apa itu hypertext?

        Hypertext adalah satu bentuk teknologi yang membolehkan teks dihubungkan diantara satu sama lain. Ia membolehkan pembaca mendapat maklumat yang berkaitan dengan hanya menekan perkataan yang dihubungkaitkan (linkable word) atau ‘hot button’. Hypertext bersifat interaktif dengan menunjukkan hubungkait antara satu perkara dengan perkara yang lain. Pencarian ini memberi peluang kepada pembaca membuat perayauan di Web dan mendapat maklumat dengan lebih mendalam bagi sesuatu tajuk/perkara yang ingin diketahui. Kini terdapat pula konsep ‘hypermedia’ yang mampu memberi imej, bunyi, klip video dan lain-lain media yang mampu diterjemahkan oleh komputer.

        HTML (Hypertext Markup Language)

        HTML merupakan bahasa penghubung bagi Web. Ianya merupakan format kod sumber dimana tapak Web dibentuk dan maklumat darinya disebarkan. HTML adalah berdasarkan format standard untuk membentuk dokumen yang dikenali sebagai SGML (standard generalized markup language). HTML ditulis dalam bentuk teks ASCII yang mudah. Apabila kita menggunakan HTML, kita boleh mengedit dengan menggunakan mana-mana editor teks.

        URL (uniform resource locator ) URL merupakan alamat yang mengenalpasti sesuatu tapak Web yang ingin dihubungi. Ianya membolehkan manusia dan pelayar Web mengetahui dengan tepat di-mana dan bagaimana untuk mendapatkan maklumat/fail tertentu.

        Isu yang terlibat dengan Internet

        Cabaran dalam menggunakan WWW kini adalah terdapatnya terlalu banyak maklumat daripada jutaan sumber dari seluruh dunia. Kita kini dibanjiri oleh maklumat yang kadangkalanya tidak berkualiti. Adalah menjadi satu masalah untuk kita menilai maklumat yang disediakan didalam Internet memandangkan tiadanya sekatan atau tapisan untuk men-yumbang maklumat ke WWW. Timbul juga masalah untuk mendapatkan kembali maklumat memandangkan terlalu banyak maklumat sedangkan masa kita untuk menggunakan sistem ini adalah terhad. Tentunya amat mengecewa-kan jika hasil pencarian yang dibuat tidak seperti yang diharapkan setelah berjam-jam duduk di depan komputer.

        Bagi mengelakkan perkara seperti ini berlaku, perlu ada satu kaedah serta strategi pencarian maklumat yang berkesan untuk memastikan masa yang kita luangkan dihadapan komputer untuk melawat tapak web dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

        Enjin Pencarian

        Terdapat lebih dari 200 enjin pencarian yang boleh digunakan untuk mencari maklumat di dalam Internet. Apabila kita ingin memulakan pencarian di WWW, kita mesti terlebih dahulu mengetahui beberapa jenis kaedah pencarian dan merancang dua proses yang penting iaitu mencari enjin pencarian (search engine) yang bersesuaian dan merancang pencarian supaya tapak web yang paling menepati keperluan maklumat muncul pertama sekali dalam senarai hasil pencarian.

        Contoh-contoh Engin Pencarian

        1. www.altavista.com

        Pengguna boleh mencari halaman web, artikel perbincangan dalam USENET, syarikat perniagaan, alamat e-mail, alamat rumah seseorang dan sebagainya. Menawarkan 2 jenis pencarian iaitu pencarian mudah (simple search) dan pencarian advans (advance search). Hasil pencarian boleh diterjemah kepada 3 bahasa iaitu Inggeris, Perancis dan Jerman.

        2. www.msn.com

        Microsoft Network atau MSN adalah portal carian internet yang dimiliki oleh Microsoft. Dilancarkan pada 24 Ogos 1995, MSN dapat beroperasi dengan sistem operasi Windows 95, Windows 98, Windows 2000, Windows XP dan Windows Vista. MSN terbahagi kepada beberapa bahagian seperti Hotmail, Windows Messenger, My MSN dan Download IE8. MSN kini tersedia dalam semua bahasa di dunia.

        3. www.hotbot.com

        Antar enjin carian yang tertua dan diperkenalkan pada tahun 1996.

        4. www.lycos.com

        Diwujudkan dua tahun lebih awal daripada Hotbot.

        5. www.holyquran.net

        Menyediakan pelbagai maklumat mengenai pengajian Al-Quran secara umum. Contohnya pencarian teks Al-Quran, mencari perkataan dalam Al-Quran, buku-buku tafsir dan maklumat mengenai Al-Quran dan Sains.

        6. www.alroqia.com/, www.islam.saudihit.com/, www.altatar.com

        Dilaman web ini pengguna boleh mengetahui pelbagai cara mengubati penyakit seperti sakit terkena sihir atau gangguan makhluk halus dan sebagainya. Kaedah perubatan yang ditunjukkan adalah dengan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran.

        7. www.cari.com.my

        Merupakan salah satu enjin carian tempatan terawal dan masih kekal sehingga ke hari ini. Ia menyimpan alamat laman web tempatan bagi memudahkan pencarian tempatan. Ia boleh didapati dalam Bahasa Inggeris, Melayu dan Cina.

        8. www.yellowpages.com.my

        Buku panduan telefon melalui internet seperti Yellow Pages yang disediakan oleh syarikat telekomunikasi TM. Pautan lain yang disediakan adalah catalog mengikut kategori, peta, whitepages, mobile pages, kelab yellow dan pengiklanan.

        9. www.jobsmalaysia.gov.my

        JobsMalaysia adalah sistem penjodohan pekerjaan automatik atas talian yang disediakan oleh Kementerian Sumber Manusia. Sistem ini adalah satu modul daripada tiga modul yang terdapat di bawah projek Bursa Buruh Elektronik (ELX). Ia telah dilancarkan pada 30 Mei 2002 oleh YB Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. Wira Fong Chan Onn. Sistem ini memberi kemudahan kepada pencari kerja untuk mencari peluang pekerjaan yang bersesuaian. Majikan pula boleh mendapatkan calon untuk mengisi kekosongan jawatan di syarikat mereka. Semua kemudahan yang disediakan ini adalah percuma.


        Pencarian Direktori dan Indeks

        Terdapat dua pendekatan yang boleh digunakan apabila kita membuat pencarian menggunakan enjin pencarian. Anda boleh memilih untuk membuat pencarian samada berasaskan Indeks atau kategori (category-based). Alta Vista, HotBot, Open Text Index dan World Wide Web Worm adalah contoh enjin pencarian yang menggunakan Indeks. Pencarian berasaskan Indeks adalah bersifat luas dan merupakan pencarian dari berjuta tapak web serta artikel yang dihasilkan oleh ‘usenet newsgroup’ dan dihasilkan oleh perisian komputer (computer-generated). Indeks ini dibina oleh 'Web crawler' iaitu program komputer yang mendapatkan kembali fail HTML, mengimbas dan mengindeks semula kandungannya serta mendapatkan fail yang dihubungkan (linked files). Dengan hanya memasukkan kata-kunci dan frasa tertentu kedalam kotak pencarian, anda akan mendapat sejumlah besar tapak web yang mengandungi katakunci pencarian tersebut. Walau bagaimanapun pencarian menggunakan Indeks memerlukan latihan untuk membiasakan diri. Ia memerlukan kita bijak dalam memilih katakunci dan frasa dimana jika katakunci yang digunakan terlalu luas, kita akan diberikan terlalu banyak tapak yang tidak mengikut susunan. Kebiasaannya kita memerlukan 2 katakunci untuk memperolehi tapak yang hampir menepati pencarian. Enjin pencarian yang berasaskan kategori seperti ‘Yahoo’, ‘Magellan’ dan 'WWW Virtual Library' mempunyai kelebihan dimana topik yang dipecahkanadalah mengikut kategori dan dilakukan oleh manusia yang mengenalpasti kategori mengikut perkara tertentu. Ia tidak dihasilkan oleh program komputer seperti pada Indeks.

        Direktori menghubungkan senarai tapak Web berkaitan yang dibahagikan mengikut kategori dan sub-kategori. Dengan melihat begitu banyak senarai tapak Web dibawah sesuatu perkara tertentu, anda akan temui tapak web yang dirasakan menepati kehendak maklumat yang dicari. Oleh kerana direktori ini dihasilkan oleh manusia, terdapat ulasan bagi tiap tapak Web yang disyorkan sebagai panduan sebelum memasuki terus tapak tersebut. Contohnya jika anda menggunakan Yahoo dan mencari maklumat mengenai ‘Basketball’, anda mestilah memilih kategori utama yang dipaparkan iaitu ‘Recreation’ dan kemudian anda hendaklah memilih sub-category iaitu Sports dan seterusnya Basketball dari senarai yang dipaparkan. Semua senarai tapak Web yang diberikan oleh Yahoo telah dikenalpasti terlebih dahulu oleh kakitangannya dan maklumat yang anda perolehi sudah pastinya tidak memasukkan tapak Web yang dibina oleh orang perseorangan yang tiada kredibiliti dalam bidang tersebut. Walau bagaimanapun terdapat juga enjin pencarian yang mengabungkan kedua-dua pen-dekatan diatas seperti Excite, Infoseek, Lycos dan WebCrawlers.

        Strategi Teknik pencarian maklumat

        Teknik mengemukakan pencarian maklumat melalui enjin pencarian juga amat penting diketahui bagi memastikan kita mendapat kualiti dalam penghasilannya. Kebiasaannya kita mencari maklumat dengan hanya memasukkan katakunci atau frasa sahaja! Sebenarnya kita juga boleh menggunakan kaedah ‘Boolean’ dalam pencarian tersebut. Kebanyakan enjin pencarian menggunakan kaedah ini tetapi ada juga yang boleh menggunakan simbol yang berbeza. Contohnya adalah Alta Vista yang menggunakan juga tanda + bagi AND dan - bagi NOT. Apakah sebenarnya kaedah ‘Boolean’? ‘Boolean’ bermaksud menghadkan atau mengabungkan skop pencarian dengan mengunakan perkataan yang dikenali sebagai ‘Boolean operators’ iaitu 'AND, OR dan NOT'. 'AND, OR and NOT’ berfungsi menhubungkan antara satu katakunci dengan yang lain manakala ‘AND and NOT’ boleh mengecilkan skop pencarian manakala OR boleh meluaskan skop pencarian. Jika kita memasukkan perkataan ‘internet searching skills’, enjin pencarian akan menganggap kita mencari maklumat bagi ‘Internet OR searching OR skills’. Maklumat mengenai salah satu dari tiap perkataan itu yang terdapat dimana-mana tapak Web akan disenaraikan. Jika kita ingin mendapatkan semua maklumat pula kita harus menggunakan AND iaitu ‘Internet AND searching AND skills’. Enjinpencarian akan hanya mencari tapak web yang mengabungkan ketiga-tiga perkataan yang dicari. Perlu diingatkan bahawa kita mestilah menggunakan huruf kecil bagi menaipkan katakunci melainkan kita ingin mencari nama khas (proper names). Kita juga boleh menggunakan simbol & (ampersand) bagi menggantikan AND.

        Selain dari itu kita juga boleh menggunakan tanda ‘quotation’ bagi frasa (phrase) yang mana enjin pencarian akan hanya mencari frasa tersebut. Terdapat beberapa enjin pencarian yang memberikan lebih banyak kemudahan menghad/meluaskan atau menapis pencarian. Alta Vista contohnya memberipilihan mengecilkan pencarian dengan menghadkan tapak Web mengikut jangkamasa tarikh yang tertentu sahaja ataupun mengkelas-kan katakunci mengikut hireki dengan menggunakan simbol (…..) (parenthesis). Beberapa enjin pencarian lain seperti Lycos menggunakan tanda $ bagi pencarian ‘wildcard’ iaitu mencari apa sahaja perkataan mengikut sesuatu katakunci, contohnya ‘comp$’ akan menghasilkan perkataan seperti ‘computer’, ‘computing’ dan lain-lain lagi.

        Penilaian maklumat dari Internet

        Maklumat yang diperolehi dari Internet perlulah dinilai dari segi kualitinya, kesahihannya, ketepatannya dan kekiniannya. Terdapat beberapa cara kita boleh menilai samada maklumat yang diterima melalui Internet boleh dipercayai atau tidak.

        1. Kenalpasti tapak web yang menepati bidang anda

        Kita mestilah melawati beberapa tapak web yang dirasakan berkaitan dengan bidang kita dan kenalpasti tapak yang paling menepati maklumat dibidang tersebut. Untuk memudahkan kita menyimpan alamat tapak tersebut, kita hanya perlu menggunakan kemudahan ‘Add bookmark’. Langkah yang perlu dibuat hanyalah:

        1. Klik Bookmark dan tetingkapnya akan memaparkan ‘add bookmark’
        2. Klik ‘add bookmark’ dan tapak Web yang sedang dilawati akan dimasukkan ke senarai Bookmark kita.
        Dengan adanya Bookmark ini, apabila kita ingin melawat tapak ini dilain kali, kita hanya perlu klik 'bookmark' dan pergi ke 'View Bookmark' dan klik tapak web yang diingini untuk dihubungkan terus ke tapak tersebut.

        2. Kesahihan dan Penanggung-jawab sumber maklumat

        Kita mesti memastikan penyumbang kepada tapak web dimana maklumat diperolehi boleh dipertanggungjawabkan atau tidak. Maklumat yang diberikan oleh sesebuah Institusi yang mempunyai reputasi yang tinggi seperti Institusi Pendidikan, Organisai kerajaan, Institusi Penyelidikan tentunya lebih dipercayai dari maklumat yang diberikan oleh individu perseorangan.

        3. Kekinian Maklumat dan Jangkamasa Kemaskini

        Perlu juga kita menilai samada sesuatu maklumat itu adalah terkini ataupun telah lapuk. Ini dapat dibuat dengan meliha tarikh sesutau maklumat di Web itu disediakan dan tarikh ianya dikemaskini. 4. Isi Kandungan dan Ketepatan Maklumat

        Terdapat tapak Web yang pada tajuknya kelihatan seperti menepati maklumat yang kita ingini tetapi kita mestilah memastikan isi kandungannya menepati tajuk/perkara yang dibincangkan. Jangan hanya tertarik dengan tajuk tapak Web yang seperti indah khabar dari rupa!

        Kaedah pemindahan maklumat dari WWW

        Maklumat yang diperolehi dari WWW boleh juga dipindahkan kedalam bentuk kertas atau disket dan juga boleh di e-mel kepada orang lain. Beberapa kaedah utama yang ringkas diberikan disini sebagai panduan bagi anda yang ingin mencuba. Walau bagaimana-pun pastikan anda tidak melanggar undang-undang hakcipta!!

        a. Mencetak maklumat dari WWW

        Bagi memindahkan maklumat ke bentuk kertas, pastikan PC dihubungkan ke pencetak.

        1. Dari tapak web, klik ‘file’ dan dari tetingkap klik ‘print preview’ untuk melihat draf bahan yang ingin dicetak
        2. Klik ‘print’ dan klik ‘ok’.

        b. Bagi memindahkan data ke fail lain di PC yang sama atau ke disket.

        Kita boleh juga berbuat demikian dengan mengikut langkah berikut :

        1. Dari tapak Web, tekan ‘save as’ dan tetingkap akan bertanya lokasi yang ingin di pindahkan data iaitu ‘save in’.
        2. Jika kita mahu memindahkan data ke direktori C, nyatakan file didalam direktori tersebut dimana maklumat akan dimasukan.
        3. Pastikan kita menyatakan format file yang ingin dipindah, samada ‘plain text’, ‘all files’ atau HTML file. Kebiasaannya kita memilih ‘plain text’ untuk membaca maklumat tersebut dalam bentuk teks biasa.
        4. Klik ‘save’ dan selesai.

        Membaca semula fail yang telah dipindahkan.
        1. Pergi ke Perisian yang dipilih bagi pemindahan maklumat yang telah dibuat.
        2. Buka nama fail yang telah di ‘save’ tadi dan kini anda boleh membaca atau edit fail tersebut.

        c. Kaedah ‘cut’ and ‘paste’

        Anda juga boleh meng-gunakan kaedah ini dengan meng-ikuti langkah berikut :
        1. ‘Highlight’ maklumat yang ingin di salin. Jika anda mahu menyalin kesemua maklumat dalam sesuatu fail, klik arahan ‘select all’ di 'tool bar'.
        2. Klik arahan ‘edit’ dan pilih ‘copy’ di 'tool bar'.
        3. Buka mana-mana Perisian Wordprocessing dan buka’ file’ dan pilih ‘new’.
        4. Klik ‘edit’ dan ‘paste’ maklumat dari tapak web ke fail baru ini.
        5. Kini anda boleh membaca atau edit fail ini dan jangan lupa untuk ‘save’ fail.