Monday, October 13, 2014

Fungsi dan Contoh DBMS

Fungsi-fungsi Sistem Pengurusan Pangkalan Data


1.    Penyimpanan, Capaian Dan Kemaskini
Sistem Pengurusan Pangkalan Data (DBMS) menyediakan perkhidmatan seperti penyimpanan, capaian dan pengemaskinian data dalam pangkalan data

2.    Menyediakan Katalog Percuma
Sistem Pengurusan Pangkalan Data (DBMS) menyediakan suatu katalog yang mengandungi maklumat tentang data dan katalog yang boleh dicapai oleh pengguna.

3.    Menyokong Transaksi
Transaksi adalah suatu unit kerja yang mengandungi beberapa arahan pengemaskinian terhadap data

4.    Kawalan Keserentakan
Sistem Pengurusan Pangkalan Data (DBMS) memastikan pangkalan data dikemaskini dengan tepat jika ramai pengguna mengemaskinikan pangkalan data secara serentak

5.    Pemulihan Daripada Kegagalan Sistem
Sistem Pengurusan Pangkalan Data (DBMS) menyediakan kemudahan untuk memulihkan pangkalan data apabila berlaku kerosakan

6.    Hak Kuasa
Kemudahan ini untuk memastikan orang yang berhak sahaja dibenarkan untuk memcapai data

7.    Perkhidmatan Integriti
Perubahan data mesti mengikut kekangan atau syarat yang telah ditentukan. Kemudahan ini adalah untuk menjaga ketetapan data

8.    Perkhidmatan Utiliti
Kemudahan yang disediakan untuk menyelenggara pangkalan data melalui penyuntingan data, penghapusan rekod, membina fail-fail baru dan sebagainya



Contoh-contoh DBMS


1.Clipper

2 dBASE III Plus

3 Microsoft Access
4. FoxBASE Plus

5. MySQL

6. ORACLE

7. PARADOX

8. SoftBASE

9. MS SQL Server






No comments:

Post a Comment